Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang
menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa
Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa
Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling
hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor.
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik,
pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan
sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December
1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya
terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi
kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia
sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk
Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara
harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil
masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang
setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum
lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal
melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang
mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering
menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku
metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya
sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku
metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat
menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu
saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,
adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya
yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otak anak saya. Semoga
dia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya
tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada
metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.
Satu perkara lagi yang saya perhatikan
ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali
memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan
utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul
dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan
sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia
yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak
anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah cara orang orang
yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk
ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam
bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah
menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar
sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak
akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging
dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu
kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan
memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan
terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan
buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita
merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila
anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa
malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka supayaa merokok
di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan
menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan
akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa
generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat
ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok
harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar
adalah siapa? Tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya
ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal,
makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan
menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya,
kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa
iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah
dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan bagi
mereka. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak
itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate
(semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik
terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak
Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains
amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya,
perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang
IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan
dengan mudah di tangkap dan difahami oleh anak Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg
diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya
ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara
disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke
sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran
mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka
walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti
dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
kejuruteraan. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan
Universiti.
Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti
perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan
seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para
penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan
mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar
setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?
Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya
oleh syarikat milik Yahudi. Maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai
perniagaan di dunia. Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi
melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan
kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan
menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti
Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini
guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (bezikir).
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan
ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya
sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah
ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York , Dewan perniagaan
Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes
(sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas.
Jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari
jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan yang
perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,
Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin
Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan
Yahudi di New York . Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan
disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan
klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya
tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan
doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya melahirkan
anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan
semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan
awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan
latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik
klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan
berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik
sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan
violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka
demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti
memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron
(bodoh) dan sudah tentu gen yang bodoh akan mengikut ke generasi si
perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan
sekali. Di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali
untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 bersamaan
dengan RM ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji
sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali dan seperti
Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak
institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri
Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat
melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong
teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta , di mana saja
anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung
anda akan segera terbau asak rokok dan harga rokok? Cuma US$0 .70cts !!!
dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa
banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat
dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa
selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali
menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda
fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan
menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga
diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler? Bagi saya itu isu
politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita
dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah
mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan. Dari segi
pemakanan, cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3
generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini
setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan
diatas tadi. Pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essei
sepanjang 5 muka surat penuh. Essienya hanyalah mengenai “Mengapa saya
gemarkan tomato!”
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat
melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia
sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Asri Zainul Abidin’s Notes
No comments:
Post a Comment